Monday, March 10, 2008

PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD (s.a.w) DENGAN SITI KHADIJAH

Semasa zaman Rasulullah s.a.w di Mekah ada seorang wanita kaya yang berasal dari keturunan suku Abdul Uzza bin Kilab. Beliau adalah Siti Khadijah binti Khuwalid. Kekayaan Siti Khadijah adalah menyamai perniagaan pembesar-pembesar Quraisy yang lain. Pada suatu hari Khadijah ingin barang dagangannya diniagakan ke Syam dan beliau mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk membawa barang dagangannya itu . Abu Talib mengetahui akan hasrat Khadijah dan menberi cadangan supaya mengupah sahaja nabi Muhammad. Apabila beliau mendengar perihal yang berkenaan Muhammad bin Abdullah yang terkenal dengan kejujuran dan peribadi baginda yang mulia, Siti Khadijah pun bersetuju menawarkn kepada Muhammad menguruskan perniagaannya ke Syam nanti. Nabi Muhammad bersetuju. Kemudian nabi Muhammad keluar ke Syam membawa barang dagangan SIti Khadijah dan baginda ditemani oleh Maisarah,salah seorang pekerja Siti Khadijah.
Sepanjang perjalanan ,Maisarah berasa pelik,kagum dan tertarik dengan peribadi nabi Muhammad .Nabi Muhammad melayaninya dengan penuh mesra,kasih sayang dan lemah lembut. Selepas beberapa lama kemudian mereke pulang dengan membawa keuntungan yang banyak hasil daripada perniagaan tersebut. Segala barang dagangan yang dibawa semuanya habis dijual. Ini membuatkan Khadijah begitu gembira diatas keuntungan yang diperolehi oleh mereka dan bertambah yakin dengan pemuda yang ditawarkan oleh Abu Talib merupakan seorang yang benar-benar jujur serta sangat berkebolehan dalam menguruskan perniagaan.
Maisarah tanpa ragu menceritakan kepada Khadijah akan akhlak nabi Muhammad sepanjang mereka berniaga bersama. Dengan itu Khadijah menjadi lebih tertarik dengan nabi Muhammad dan berhasrat untuk menjadikan nabi Muhammad sebagai suaminya. Khadijah meluahkan dan menceritakan hasratnya kepada temannya namun Khadijah sedar bahawa umur antaranya dengan nabi Muhammad begitu jauh berbeza. Tetapi temannya tetap ingin menyampaikan berita tersebut kepada nabi Muhammad. Apabila Nabi Muhammad diberitahu oleh teman Khadijah tentang keinginanan seseorang untuk bersuamikan baginda nabi Muhammad menjawab bahawa baginda tidak mempunyai apa-apa pun untuk dijadikan mahar. Teman Khadijah tanpa berlengah memberitahu akan hasrat Khadijah dan baginda mengaku bahawa baginda juga berkenan kepada Siti Khadijah tetapi apabila memikirkan yang Khadijah telah banyak menolak lamaran-lamaran pembesar-pembesar lain baginda pendamkan sahaja niatnya tersebut.Setelah atas pertanyaan itu teman Khadijah mengatakan: "Serahkan hal itu kepadaku," maka ia pun menyatakan persetujuannya. Tak lama kemudian Khadijah menentukan waktunya yang kelak akan dihadiri oleh paman-paman Muhammad supaya dapat bertemu dengan keluarga Khadijah untuk menentukan hari perkawinan.
Kemudian perkawinan itu berlangsung dengan diwakili oleh paman Khadijah, Umar bin Asad, Di sinilah dimulainya lembaran baru dalam kehidupan Muhammad. Dimulainya kehidupan itu sebagai suami-isteri dan ibu-bapa, suami-isteri yang harmonis dari kedua belah pihak, dan sebagai ibu-bapa yang telah merasakan pedihnya kehilangan anak sebagaimana pernah dialami Muhammad yang telah kehilangan ibu-bapa semasa ia masih kecil.

14 comments:

Anonymous said...

Cite dah ok., menarik, tertarik, bes jugaakkk.... Gpun kadang cite gini tak sume orang tau, dorang tak bape terdedah tang cite2 gini...
Tapi kan kalau taruk gambar skali mesti lagi menarik..., comey.., sedap je mate mandang, gambar ala2 zaman Nabi le cth gmbar kat Mekah ke Madinah ke or gambar kite2... Haha..
Lagi..., kalau tgok kat penggunaan bhase tu tak bape sesuai ngan tahap kite as student U katekaann...
Pape.., overall ok le.. Huhu...
C u..
Wassalam(",)

klisa0106 said...

a'kum...
cite dah best..tapi yang tak bestnye ader perkataan "kalau tak silap la"..dalam cite pasal nabi2 ni kena kaji betul2 sebelum cite kat org..apa2 pun tahniah..
dan semoga akan ade cite2 lain lagi..
all da' best..
w'salam..

north & south said...

from-LaN-The GreaTeSt GenErATiOn..

aslkm...
ssungghnya kisah yang brkaitn dgn rasulullah s.a.w merupn kisah yg jelas dn nyata, dn tidk bleh wujdnya ssuatu yg brunsurkn kesamaran..

oleh itu, prkataan "kalau tk silap la" tu jgn la ltk, lau tk past, just ckp jer seorng sahabt ker, seorng hmba allah sudh memadai..

wlaubgaimnpn, citer ini mrupkn suatu crte yg mnarik, dn bleh djdkn tldn kpd kaum wanita..
zmn skrng nie, manusia branggpn, jika wanta yg mncri llki adlh ssuatu yg ktnggln zamn, bak kate pepath 'bagai perigi mncri timba' akn ttpi kita sbgai orng islam, kish ini bleh djdkn tladn khasnya kpd kaum wnita..tdk smstinya lelaki yg prlu mncri pmpuan..akn ttpi prmpuan juga bleh mncari lelaki..

jika dkaji tenng pribadi siti khadijah, beliau mrupkn seorng sahabt dn isteri yg mesti djdkn tladn kpd kaum wanita..
pengorbanan beliau, kasih syng beliau trhdp rasulullah s.a.w dn juga islam..

akhir kalam...
La De' TeLue' NaseitaLe' De Foreie'
mksdnya....
salam maju jaya,
keep it up,
don't give up,
ma'salamah..

aisya humaira said...

assalamualaikum...wahai sahabat2 yang d sayangi,alhandulillah akhirnya kita dpat sama2 menghayati dan membicarakan tentang nabi muhammad(rasul junjungan kita),sememangnya nabi muhammad adalh nabi yg mulia yang patut kita umat islam contohi keperibadiannya...ayuh marilah kita umat isalm bangkit menegakkan syiar islam...

azna said...

assalamualaikum....
penulisan yg mantap,perkhawinan nabi muahammad dan siti khadijah,baik untuk remaja kite baca blog ni,xsalah kalau perempuan yg start dulu kan?..asalkan cinta itu kerana ALLAH dan cnta itu tulus dan suci,berlandaskan agama yang mulia...semoga berjaya

ukhaiddhik..

aisya humaira said...

salam..tak edit lagi ke sentences yang salah tu..pe pun congratulation for your blog because it very nice and interesting..saya rasa bangga krna baginda tetap setia kpda siti khadijah sehingga ke akhir hayatnya..hanya siti khadijah saja is3 baginda yang dapat melahirkan zuriat kepada baginda s.a.w..

syazwanileeya said...

assalamualaikum....best critanya.. ok sangat tetapi kalau boleh elakkan ye gune tulisan kaler merah,, merah cantik tapi kadang2 warna merah ni menggambarkan mood kita time buat blog ini.. ok TERISKAN USAHA DAN TINGGATKAN LAI>. KEEP IT UP!! CHAIYO...

safa87 said...

assalammualaikum...shabass..keje yang baik..semoga teruskan usaha korang menulis cite2,nabi k..sbgai satu teladan yang baik pd umat islam..selamat maju jaya..

Anonymous said...

assalamualaikum...mantap,teruskan usaha yaaa!!!
good luck!!!

Aishah said...

salam,

bagus cerita.. sebolehnya, detailkan lagi cerita dengan jenis mahar yang Rasulullah berikan pada siti khadijah..
dan bagaimana kisah menyedihkan bagi mereka...

ok, ape pun..
gud luck 4 exam..

sarahyati said...

salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....

Anonymous said...

congratulations 4 ur greatest story..keep on move in friends...
dila83

north & south said...

bgus2...ini citer romantik ....klu leh pmpuan ikut lh cth cmni....biarlah perigi mencari timba pn kan2..apapun mantep.....

syed said...

Bagus, bagus ceritanya. "Paman-paman" tu apa? Rasanya takde dalam loghat kelate kan? Apapun selamat berjaya dalam kehidupan, teruskan menulis..